TIPS




LONGER LASH WITH
 SUPER EXTEND MASCARA

Salah satu mendapatkan bulu mata yang lebat, panjang dan lentik adalah dengan menggunakan mascara. Mascara boleh membantu menaikkan seri mata anda. Juga boleh memberi ilusi mata yang besar dan bundar.

Kali ini saya berkesempatan mencuba salah satu mascara Avon iaitu Super Extend Mascara. Satu perkara yang saya suka tentang produk ini ialah ianya amat senang dicuci dengan air dan sabun tanpa meninggalkan kesan kehitaman di bawah kelopak mata. Jadi amat mudah untuk menanggalkannya setiap kali ingin mengambil wuduk. Selepas solat boleh sapu semula untuk dapatkan mata yang hebat.



TIPS SOLEKAN

Untuk kelihatan cantik, mekap janganla dilupakan...walaupun ianya sekadar  solekan yang ringkas, namun ia mampu menaikkan seri wajah kita.

  • Perkara paling asas ialah bersihkan wajah dengan pencuci muka. Kemudian gunakan pelembap wajah sebelum memulakan solekan.
  • Sapukan sedikit foundation yang sesuai ke wajah. Jika mahukan sapuan yang lebih licin dan rata, campurkan sedikit toner ke foundation.
  • Pemakaian Loose powder dan compact/ press powder
  1.       Loose powder dipakai setelah memakai alas bedak. Loose powder    ini mampu menyerap minyak dan menutup liang pori pada wajah. Pastikan tidak terlalu tebal sapuannya. Bedak tabur membuatkan wajah anda nampak lebih segar.
  2. Kemudian anda boleh sapukan sedikit compact selepas itu. kelebihan compact powder ini dapat menutupi lingkaran hitam.
  • Sapukan sedikit pemerah pipi yang berunsurkan powder
  • sapukan pembayang mata yang berunsurkan powder. Pilih warna yang natural atau warna yang sesuai dengan pakaian yang hendak digayakan. 
  • Gunakan eyeliner dan maskara untuk menyerlahkan mata anda
  • Lukis lipliner dan sapukan lipstick yang sesuai dengan warna kulit dan pakaian yang dipakai. Janag lupa lekapkan denga tisu supaya menampakkan kesan semulajadi.
  • PERINGATAN!! Janagn mekap di dalam bilik yang gelap dan lampu yang malap. Nanti tak nampak samada solekan anda rata atau tidak.


APA NAK BUAT KALAU BELI LIPSTIK YANG TERLALU MERAH??


Pernahkah anda mengalami keadaan di mana-mana lipstick yang anda beli terlalu merah untuk anda? Buat pembeli-pembelionline, selalunya warna di dalam katalog tidak menunjukkan warna yang sebenar. Tak pasal-pasalnanti ada yang menegur " merahnya gicu makngah!!"

Jika keadaan di atas berlaku, apa yang akan anda lakukan?  Buang gicu tersebut atau bagi pada orang lain?? Nanti dulu.... Apa kata anda cuba tips ibi. Bagi mengelakkan warna gincu kelihatan terlalu merah/terang, cubalah tambahkan sedikit warna coklat dengan lipstick merah yang dipakai tadi. Penggunaanwarna colklat ini berupaya mengurangkan kecerahan lipstick merah menyala itu. Cubalah! Anda pasti seronok mencipta kombinasi warna hasil rekaan sendiri.












No comments:

Post a Comment